Artis Thailand pula ‘serang’ Malaysia

1
1225
SUNNY Suwanmethanont mengetuai kehadiran artis Thailand ke Malaysia.
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SELAIN artis Korea Selatan, ada juga peminat-peminat hiburan tempatan yang mengikuti perkembangan seni artis dari Thailand. Maklumlah kata orang seni itu tiada sempadan, namun jangan lupa pada perjuangan artis tempatan.

Bagi memenuhi selera penggemar dan pengikut artis negara Gajah Putih itu, pihak dimsum iaitu perkhidmatan langganan video atas permintaan (VOD) Malaysia yang dikendalikan oleh SMG Entertainment Sdn. Bhd., akan membawa beberapa artis popular dari sana.

Untuk pertama kali juga peminat dapat menonton Konsert dimsum Thai Pop 2019 di Malaysia yang akan berlangsung pada 10 November ini di IDEAL Convention Centre, Shah Alam.

Menariknya, sembilan artis popular akan hadir untuk bertemu dan menghibur peminat mereka di sini sempena sambutan ulang tahun ketiga perkhidmatan dimsum sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka.

Artis yang terbabit adalah Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn bersama anggota kumpulan 9BY9 yang terdiri daripada  Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut.

Bagi yang sering menonton filem atau drama Thailand menerusi dimsum pasti mengenali siapa itu Sunny Suwanmethanont yang terkenal dengan wataknya dalam Dear Dakanda.

Beliau juga pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik menerusi filem dan antara filem lakonannya adalah I Fine…Thank You…Love You, Heart Attack dan Brother of the Year.

Sementara 9BY9, adalah kumpulan vokal lelaki Thailand yang mucul pada 2018 dan dikenali ramai kerana lakonan mereka dalam drama In Family We Trust.

Lain-lain artis yang akan hadir ialah Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong dan Thannaerng Kanyawee Songmuang yang merupakan barisan pelakon muda dari drama My Ambulance.

Sementara itu, turut hadir ialah Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Hormones: The Series. Beliau dan Ice Paris Intarakomalyasut bergandingan menyanyikan lagu tema untuk drama My Ambulance.

Bagi yang berminat untuk melihat dan menonton persembahan artis kegemaran anda secara langsung bolehlah membeli tiket-tiket berharga dari RM199 hingga RM599 (VIP).

Untuk pemegang tiket VIP, anda berpeluang untuk menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi belakang pentas dan mendapat poster bertandatangan.

Tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi TicketCharge www.ticketcharge.com.my

Untuk mengetahui keterangan lanjut boleh layari www.dimsum.asia, Facebook @dimsum.asia atau Instagram @dimsumasia.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here