Kadir kritik Loke selepas komen sebabkan harga saham MAHB jatuh

0
270

MENTERI Pengangkutan Loke Siew Fook dikritik bekas wartawan A Kadir Jasin kerana “menenggelamkan pasaran” dengan komennya mengenai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Beliau berkata komen menteri menyebabkan pasaran meninggalkan melambakkan saham MAHB.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Kadir berkata ketika pelabur dan pengurus dana gementar, tugas pertama mana-mana menteri adalah “menimbulkan pasaran”.

“Atau dalam bahasa mudahnya, menanam keyakinan. Sokong pasaran.

“Hanya menteri yang kurang bijak akan tenggelamkan pasaran. Tetapi mungkin ada contoh menteri yang tak bodoh sengaja tenggelamkan pasaran.

“Dia mungkin ada alasan jahat untuk berbuat demikian, seperti menekan harga turun supaya seseorang boleh membelinya pada harga rendah.

“Saya tak tuduh Loke buat semua itu. Tetapi saya beri markah gagal dalam hal ini,” katanya.

Kadir berkata taklimat Loke kepada pengurus dana dan penganalisis yang dilaporkan itu memberi kesan pada pasaran, menyebabkan ia menjual saham-saham MAHB.

“Saya umumnya kagum dengan menteri DAP ini. Tetapi saya kecewa dalam hal ini.”

Malangnya, kata Kadir, ini bukan pertama kali menteri tembak kaki sendiri, memberi kesan buruk pada syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau berkata kadang-kadang “lebih baik menteri ditertawakan kerana cakap bukan-bukan daripada cuba tunjuk bijak dan menyebabkan pemodalan pasaran GLC jatuh.”

“Sekurang-kurangnya benda bukan-bukan itu melucukan dan menghiburkan. Adoi!” kata Kadir, yang juga penasihat media dan komunikasi perdana menteri.

Laporan theedgemarkets.com semalam menyatakan kenyataan menteri, yang menimbulkan ketakpastian terhadap MAHB, menyebabkan harga saham pengendali lapangan terbang jatuh semalam. Ia turun 7.6%, atau 66 sen, kepada RM8.04, kejatuhan terbesar sejak November tahun lalu.

Ia berkata jualan saham meluas itu memusnahkan RM1.09 bilion dalam pemodalan pasaran daripada MAHB, yang harga sahamnya semakin menaik sejak April, apabila ia didagangkan pada RM6.60.

Ia menambah beberapa penganalisis mengambil maklum pelabur mengambil peluang itu untuk mengambil keuntungan sejak harga saham MAHB pulih selama tujuh bulan.

Laman berita itu berkata Loke, di satu taklimat tertutup, berkata kerajaan berniat untuk mengamalkan model perkongsian awam-swasta untuk operasi lapangan terbang.

Ini bermakna mungkin ada pemain baru, termasuk pihak asing, untuk menjadi rakan MAHB dalam pengendalian lapangan terbang domestik. Secara ringkasnya, MAHB mungkin perlu berkongsi, kata laporan itu.

Loke juga menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan penstrukturan semula badan-badan kawal selia sektor penerbangan.

Pada masa ini, terdapat dua badan kawal selia, iaitu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, menurut pengurus dana yang menghadiri forum itu, kata laporan itu.

Pengumuman Loke dilihat seperti tamparan pada MAHB selepas caj perkhidmatan penumbang yang dikenakan pada penumpang antarabangsa, kecuali mereka yang berjalan dalam Asean, dikurangkan sebanyak RM23 kepada RM50 mulai Oktober.

http://bit.do/fdzw9
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here