Pelajar Cina biadap dipuji, Melayu berselfie digantung – Firdaus Wong

0
410

PELAJAR Cina biadap memprotes di majlis konvokesyen, dipuji melangit sebagai ikon kebebasan bersuara dan ahli politik terutamanya dari DAP backup. Mahu protes tiada masalah tetapi ada masa dan tempatnya tetapi kebiadapan pelajar itu dijustifikasi oleh orang lain bagi dirinya.

Apa yang kita nak ajarkan kepada pelajar kita? IQ tinggi EQ rendah? Is ok untuk biadap tak bertempat?

Apakah apa yang Melayu buat akan jadi rasis dan dikutuk dan bukan Melayu buat itu semua hak dan dijustifikasi?

Suspek LTTE ditahan, ahli politik DAP terus menyucikan dan mengatakan member mereka tak bersalah dan digesa terus dibebaskan. Suspek ISIS dan Daesh ditahan dari kalangan Melayu & beragama Islam, ada ahli politik DAP mengesa dibebaskan?

Saya bukan ahli politik cuma pendakwah. Saya berkongsikan senario berdasarkan pengamatan berdasarkan apa yang telah & sedang berlaku lalu saya kongsikan di ruangan ini untuk kita fikirkan.

Saya dilahirkan Cina bukan pilihan saya dan saya bersyukur atas pilihan Allah menjadikan saya Cina. Saya beragama Islam di atas pilihan sendiri dan saya bersyukur kerana dikurniakan hidayah.

Saya dilahirkan di Malaysia bukan pilihan saya tetapi saya bangga menjadi rakyat Malaysia secara pilihan dan maka saya bersuara mahukan keamanan yang dikecapi selama ini berkekalan.

Cara mudah, salahkan semua pada satu parti politik tetapi suka saya ingatkan diri dan semua, majoriti kerusi parlimen masih milik Ahli Parlimen Bumiputera beragama Islam!

Yang memimpin selama ini juga Melayu & beragama Islam. Anda tidak perlu bersetuju dengan apa yang saya kongsikan.

Sebagai seorang Muslim berbangsa Cina, saya ada pandangan saya tentang apa yang dikongsi dalam Kongres Maruah Melayu. Saya akan nukilkan di lain waktu.

Ada hikmahnya di sebalik semua ini. Kalau masih belum sedar lagi, dengarkanlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam; ‘seorang yang beriman tidak akan dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama buat kali kedua’.

Fikir-fikirkanlah….

Firdaus Wong Wai Hung

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here