Tahfiz Darul Ulama salur bantuan kepada masyarakat Patani

0
738
MUDIR Pusat Tahfiz Darul Ulama

 

Oleh ARRAZAQ NAZRI

 

SUNGAI BULOH – Pusat Tahfiz Darul Ulama Kundang di sini menganjurkan program kembara rohani, Kembara Bakti Patani Darussalam bersama Ustaz Dinie Juri pada 29 November hingga 2 Disember bagi mengumpul dana Wakaf Tanah Pendidikan dan program Jemaah Aqiqah Qurban Pawah Ibu Lembu (JAQPIL).

Menurut Mudir Pusat Tahfiz Darul Ulama, Ustaz Mohd. Adnan Abdullah, program tersebut selain bersifat melancong para peserta dan orang ramai dialu-alukan untuk membuat sumbangan-sumbangan tersebut.

“Umat Islam yang ingin menyertai kembara rohani ke Patani ini hanya perlu membayar harga pakej sebanyak RM690. Ia bagi menampung kos tiga hari dua malam.

“Kembara bakti ini juga untuk menyampaikan tajaan bersunat sebanyak RM100 untuk anak-anak masyarakat Islam di sana, “katanya di sini.

Mohd. Adnan berkata, bagi sumbangan waqaf untuk pembangunan pendidikan jumlah waqafnya adalah sebanyak RM1300 seekar.

Katanya lagi, bagi projek JAQPIL pula, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1,200 satu bahagian dan RM8,400 seekor lembu.

“Bayaran tersebut membolehkan penyumbang mendapat pahala qurban dan aqiqah sebanyak tiga kali. Inilah jalan untuk kita memberi peluang kepada masyarakat Patani di sini menikmati daging lembu.

“Sumbangan ini semua akan membangun ekonomi fakir miskin dan menaik taraf pendidikan masyarakat Patani ,”katanya.

Bagi menyumbang kepada aktiviti kebajikan yang dinyatakan, umat Islam di negara ini dialu-alukan untuk menyampaikan sumbangan melalui akaun Maybank 564221643648 atas nama Tahfiz Darul Ulama (TDU) Services atau menghubungi pihak penganjur kembara tersebut di talian 0193082784,019744456 dan 01124291445.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here