Buta warna kerana ketagihan gajet

0
306

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

KECANGGIHAN teknologi memang boleh membantu aktiviti manusia, namun jika tidak dipergunakan dengan baik, ia juga mampu untuk memberi kesan buruk kepada para penggunanya.

Hal ini berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun bernama Liu dari Kaohsiung, China yang menjadi buta warna kerana ketagihan gadget, lapor Okenews.

Menurut Dr. Hung Chi-Ting yang merawat gadis itu, Liu menjadi buta warna disebabkan oleh paparan cahaya berwarna biru yang secara terus menerus mengenai matanya.
Cahaya berkenaan merosak beberapa sel di matanya dan menyebabkan kebutaan warna merah dan hijau.

Doktor Hung berkata, ia merupakan kes pertama kali berlaku di dunia.
Namun begitu, gadis itu beruntung kerana mendapat rawatan lebih awal, lantas dia mempunyai kemungkinan untuk sembuh.

Dalam tempoh sehari, Liu dilaporkan menghabiskan waktu selama 10 jam mengadap telefon pintarnya. Dia sering menggunakan telefon bimbitnya dalam keadaan gelap ketika bercuti musim panas.

Liu mula menjalani rawatan sepanjang September selepas gagal membezakan warna lalu lintas yang hampir menyebabkannya kemalangan ketika melintas jalan.

“Saya tidak tahu lampu merah, seorang saudara yang menarik saya kembali ketika bermaksud menyeberang jalan,” kata Liu yang juga kehilangan tahap keupayaan untuk melihat dalam keadaan gelap.

Liu kini disarankan supaya menggunakan telefon pintar kurang daripada lima jam sehari dan merehatkan mata selama 10 ninit setiap 30 minit menggunakannya.

Sebelum ini, kejadian yang serupa juga dilaporkan di Sumatera Utara, Indonesia apabila seorang pemuda dikenali sebagai Surya Utama, 19, dari Asahan telah buta matanya kerana bermain permainan secara dalam talian selama 5 jam sehari.

Surya berkata, matanya berubah menjadi kemerahan sebelum penglihatannya perlahan memudar dan mulai mengalami gejala awal kebutaan.

Hingga saat ini penglihatannya menjadi tidak berfungsi, Surya lebih banyak menghabiskan waktunya dengan berbaring kerana sulit melakukan pelbagai aktiviti seorang diri.
Orangtuanya mengaku telah membawa Surya ke doktor pakar mata di Medan. Doktor hanya memberikan ubat titis mata.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here