Jurulatih sukan tenangkan remaja murung ingin bunuh diri

0
180

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEORANG jurulatih dengan tenang memujuk dan melembutkan hati seorang pelajar remaja daripada mengamuk dan membunuh diri.

Setelah berjaya ditenangkan beliau terus memeluk pelajar itu bagi memudahkan seorang lelaki melucutkan senjatanya.

Menurut akhbar The Washington Post (WAPO), video dramatik jurulatih bola sepak di sebuah sekolah tinggi di Oregon dengan berani dan sabar memujuk pelajar berkenaan  menjadi berita panas yang tular dengan meluas.

Jurulatih Keanon Lowes seterusnya menenteramkan pelajar berusia 18 tahun tersebut dan kemudian menyerahkan beliau kepada pihak polis yang bergegas ke lokasi setelah mendapat laporan.

Pelajar itu yang dikenali sebagai Angel Granados tekad untuk membunuh diri di sekolah kerana tidak mahu ibunya melihat jasad beliau di rumah.

Jurulatih tersebut mendapat pujian meluas di atas sifat prihatin dan penyayangnya.

Kejadian itu dirakamkan pada Mei lalu tetapi video berkenaan hanya dikeluarkan untuk pengetahuan umum baru-baru ini.

-BebaNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here