Peguam negara jelaskan dakwaan gugur kes cabul di maahad tahfiz

Thomas berkata beliau tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

1
343

PEGUAM Negara Tommy Thomas hari ini memberi penjelasan kritikan terhadapnya kerana didakwa mengarahkan pengguguran kes penderaan seksual melibatkan seorang pelajar maahad tahfiz di Perak.

Menjelaskan perkara itu, Thomas berkata beliau tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

“Kepentingan awam dalam perkara ini memerlukan fakta yang benar untuk didedahkan. Siasatan polis dalam kes ini bermula dengan laporan polis yang disampaikan oleh seorang ibu pada 14 Ogos 2016 yang mendakwa anak lelakinya, yang berusia 10 tahun (mangsa), didakwa telah dicabul secara seksual oleh 3 orang pelajar senior, berusia antara 12 tahun 18 tahun (suspek), di sekolah mereka di Manjoi, Perak.

“Polis menjalankan siasatan mereka dengan mengambil kenyataan mangsa, suspek dan saksi seperti guru, kakitangan dan rakan-rakan sebilik mangsa dan rakan sekolah lain.

“Mangsa juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital awam.

“Kenyataan yang direkodkan oleh polis dan laporan perubatan merupakan sebahagian daripada Kertas Siasatan (IP) yang pada kebiasaannya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk keputusan.

“Kertas Siasatan itu dipertimbangkan AGC. Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang ditugaskan terhadap perkara itu berpendapat bahawa tiada kesalahan telah dilakukan,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya Perak telah menghantar surat kepada majistret untuk menjelaskan bahawa majistret itu telah silap dalam membuat permohonan Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah, yang membenarkan seorang majistret untuk memeriksa pengadu.

Thomas berkata Seksyen 133 hanya boleh digunakan sekiranya polis gagal menjalankan siasatan.

Katanya, polis telah menyiasat perkara itu sebanyak dua kali tetapi menyimpulkan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi, yang menyebabkan kes itu diklasifikasikan sebagai “Tiada Tindakan Lanjut (NFA)”.

Dalam konteks ini, jelasnya, pemeriksaan di bawah Seksyen 133 telah digugurkan.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Prof Noor Aziah Mohd Awal pada 19 Oktober menggesa peguam negara supaya memberi penjelasan mengenai alasan di sebalik keputusan untuk menggugurkan tuduhan jenayah terhadap pelaku yang didakwa itu.

Tegasnya, hak kanak-kanak perlu diiktiraf dan dilindungi di sisi undang-undang.

Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin lalu dilaporkan menolak dakwaan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak di sebuah sekolah tahfiz di Manjoi, Ipoh.

Sebuah akhbar melaporkan Majistret Mohammad Afifi Mohammad Deen membuat keputusan itu setelah mahkamah menerima surat daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak.

Menurut laporan, surat itu menyebut arahan tersebut dikatakan daripada peguam negara yang ditulis berdasarkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, pada hari ini Thomas menafikan laporan media berkenaan, berkata pihaknya tidak pernah menerima permintaan media bagi mendapatkan penjelasan.

“Laporan itu tidak benar. Tidak ada arahan bertulis yang dikeluarkan oleh saya dan sebenarnya, tidak ada yang disebut dalam surat Pejabat Pendakwa Raya Perak kepada Majistret.

“Pejabat perhubungan awam AGC dan saya sendiri juga tidak ada menerima sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan …

“Laporan mereka yang tidak tepat pada 14 Oktober telah dipetik oleh banyak portal lain,” kata Thomas lagi.

Pada Ogos 2016, seorang ibu telah membuat dua laporan polis mendakwa bahawa anak lelakinya yang berusia sembilan tahun bersama pelajar lain, secara konsisten telah didera secara seksual oleh pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz.

https://bit.ly/32yWd1z

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here