Ramasamy selesai beri keterangan di Bukit Aman

    0
    178
    TIMBALAN Ketua Menteri Pulau Pinang II, P.Ramasamy menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas merakamkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. NSTP/ROSDAN WAHID

    KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy selesai memberi keterangan di Bukit Aman berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan dua artikel yang disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.

    Ramasamy yang tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 9.50 pagi tadi, keluar dari perkarangan Bukit Aman pada kira-kira 1.55 petang ini dengan ditemani peguamnya K. Ragunath.

    Beliau yang ditemui pemberita sebaik selesai memberi keterangan mengesahkan beliau disoal berhubung dua artikel yang disiarkan portal berita tempatan bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama – Ramasamy’ disiarkan portal Malaysia Gazette dan artikel Malaysiakini bertajuk ‘Who am I, peacemaker or terrorist’.

    “Saya masuk lebih kurang tiga jam lebih direkod tentang artikel saya yang diterjemah dalam beberapa portal berita tempatan dan disoal beberapa isu dalam itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

    Selain itu, Ramasamy juga memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

    Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata Ramasamy memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh merakam keterangannya selama empat jam.

    Ditanya sama ada polis akan memanggil Ramasamy memberi keterangan kali kedua, Mior Faridalatrash berkata ia bergantung kepada siasatan pihaknya.

    — BERNAMA

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here