Jalan Duta Kuala Lumpur banjir

1
558
ANTARA kenderaan terperangkap di Jalan Duta akibat hujan lebat hari ini. NSTP/EMAIL

KUALA LUMPUR — Hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang hari ini menyebabkan beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat dan beberapa kenderaan dilapor terperangkap.

Jalan-jalan terbabit adalah Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah serta Lebuhraya Mahameru berhampiran susur ke parlimen.

ANTARA kenderaan terperangkap di Jalan Duta akibat hujan lebat hari ini. NSTP/EMAIL

Menurut laman twitter Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim manakala kedua-dua lorong di Terowong Duta ditutup.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur,Asisten Komisioner Zulkifly Yahya ketika dihubungi berkata anggota telah ditempatkan di lokasi banjir bagi mengawal lalu lintas.

BH

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Pi mai Pi mai tang tuh lah jugak… Malaysia kleptokrat ka… Malaysia baharu ka… sudah terhantuk baru terngadah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here