Apa muslihat mahu ubah sejarah negara

0
957

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Perlukah sejarah negara diubah sedangkan satu dunia tahu kekejaman komunis dalam Peristiwa Dua Minggu selepas kejatuhan Jepun pada tahun 1945.

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO Selangor, Suhaila M.Zin, tindakan mengubah sejarah perjuangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang anasir subversif seperti komunis seolah-olah menafikan sumbangan wira negara kita.

“Kenapa sejarah perlu diubah? Pengalaman orang dahulu yg menghadap kekejaman pengganas Komunis takkan padam sehingga mati.

“Darurat 1948 hingga 1960 didalangi komunis bukannya propaganda , kami Wanita UMNO Selangor membantah tindakan pihak tertentu mengangkat pengganas sebagai sebahagian wira kita, “katanya selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Terdahulu Suhaila bersama ahli-ahli Wanita UMNO dan Pas Selangor membuat laporan polis terhadap penyebaran naskhah komik tentang kisah perjuangan pengganas Komunis di dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris yang diterima beliau melalui aplikasi media sosial.

Komik Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) itu mula mendapat perhatian apabila pada 16 Oktober lalu, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan pengedaran percuma komik tersebut kepada sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Pulau Pinang.

Komik itu diterbitkan hasil kerjasama antara kurator Muzium Kebudayaan dan komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau dengan artis tempatan Chong Po Ling

Komik tersebut turut disampaikan kepada presiden China, Xi Jinping sebagai hadiah bukan rasmi dan diberikan tanpa mengikut prosedur sebagaimana kenyataan Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini.

Komik yang mengisahkan perjuangan Ko Min Tang dan Bintang Tiga tersebut jelas cubaan mengiktiraf perjuangan pihak tersebut dalam memerdekakan Tanah Melayu.

Dalam komik tersebut ia seolah-olah menggambarkan orang Melayu bangsa yang bodoh dan pengecut dalam menentang penjajahan negara asing.

Justeru Suhaila menegaskan, kandungan komik tersebut adalah satu cubaan untuk menafsir sejarah dari kaca mata pihak tertentu.

“Apa yang lebih dikesali ia jelas dibuat untuk ‘membeli’ jiwa pemimpin China yang menerima sendiri komik tersebut daripada pihak Kerajaan ketika kunjungan pemimpin mereka ke negara ini.

“Komik tersebut jelas mengguris hati veteran dan waris tentera yang cedera dan syahid terkena peluru komunis,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendesak agar pertubuhan veteran ATM yang pro Pakatan Harapan terutama parti DAP untuk menyatakan pendirian terhadap komik tersebut yang jelas menafikan peranan ATM sebagai wira negara.

Beliau menambah, tindakan pihak veteran ATM yang berdiam diri ketika peranan mereka dinafikan adalah isyarat jelas mereka menghadapi dilema dengan pihak DAP sebagai komponen PH.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here