Body Shaming, Abam tak kisah?

0
230

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MULAI 1 November ini, pukul 9 malam, penonton berpeluang menonton program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) yang disiarkan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Seramai 11 peserta akan mengambil bahagian, termasuklah dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon serta kumpulan Call dari Brunei yang bakal bersaing bagi merebut hadiah kemenangan bernilai RM500,000.

Bila bercakap soal lawak, rata-rata kita lihat pelawak gemar menggunakan body shaming sebagai bahan jenaka. Contohnya, sebelum ini dalam program Big Stage, Nabil Ahmad kata pentas berat sebelah dan Mark Adam pula memberi komen, ‘this opportunity is big, even the host is big.

Kita semua maklum, mereka nak bergurau tapi kata orang gurau tak kena tempat. Rata-rata orang melihat, kata-kata mereka itu ibarat ‘memperlekeh’ rakan artis yang berada di situ.

Akhir-akhir ini body shaming menjadi isu yang sensitif, tak boleh sembarangan cakap nanti kena kecam. Lainlah halnya kalau individu itu sendiri sengaja menjadikan body shaming untuk mendapat perhatian.

Seringkali orang yang berbadan gempal atau berkulit gelap menjadi mangsa, pada hal mereka tak buat salah apapun. Kenapa itu boleh berlaku. Baik kita tanya terus pada Abam atau Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey Syed Mohd, Ridzuan Al-Juffrey, 31.

Abam yang menyertai MLM 2019 dalam kumpulan Bocey bersama Achey dan Fad berkata, beliau sering kena body shaming dengan orang yang tak dikenali. Jika itu berlaku kepadanya, beliau tidak teragak-agak untuk ‘membalas’ balik.

Bagaimanapun kata Abam, isu body shaming ini sudah lama beliau dan anggota Bocey guna sewaktu berlawak.

“Isu body shaming bukan perkara baharu, sejak MLM 2013, Bocey dah guna isu body shaming bila buat persembahan. Kami buat lawak guna body shaming tak adalah sampai keterlaluan.

“Sebenarnya kalau nak bergurau pastikan kita kenal orang itu luar dalam.  Kalau tak kenal orang itu jangan bergurau. Saya dari dulu lagi main body shaming, tapi kita kena gunakan situasi itu supaya ia menjadi satu kelakar yang bijak dan bukan bodoh,” jelasnya.
Tambahnya, banyak yang suka menggunakan body shaming secara langsung dan menampakkan kebodohan sendiri.

“Contohnya, kalau kat atas pentas ada gajah dan pelawak tu kata, kau dengan gajah itu lebih kurang. Itu memang biadab. Kalau ia berkaitan dengan cerita tak apa tapi seringkali mereka suka direct sound.

“Kita boleh main body shaming tapi biarlah benda yang kita boleh buat lawak dan bukan memalukan orang lain. Bagi saya body shaming tu kita tak boleh sound direct sebab itu bahaya. Sebagai pelawak, sebelum nak bagi orang gelak kita sendiri kena gelak dulu.

“Kita kena buat sesuatu untuk orang tengok dan gelak. Contohnya, bila saya keluar sapu cat kat muka dan pakai seperti panda, itupun dah body shaming. Saya malukan diri sendiri untuk orang. Kenapa orang tak kata itu body shaming, sebab kita tak sound direct,” jelasnya terperinci.

Kata Abam, mana-mana komedi ada saja body shaming. Cuma sekarang pelawak baharu yang bermula dari media sosial, banyak main body shaming secara langsung dan itu menampakkan lawak biadab.

“Body shaming adalah satu benda untuk orang buat kelakar. Pergi la mana-mana, orang putih pun buat lawak guna body shaming. Mereka lagi teruk, content lawak menyentuh isu perkauman, agama dan seks.

“Saya tak akan body shaming seseorang kalau saya tak kenal dia. Itu yang memudaratkan. Isu body shaming adalah part of comedy, selain daripada perkauman, politik dan lucah kerana body shaming yang paling selamat,” kata Abam terus terang.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here