BN masih berteka-teki nama calon

0
295
FOTO: STR/TOGI MARZUKI.

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) masih berteka-teka siapa calonnya

bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November ini.

Namun yang pasti, calon berkenaan  adalah anak tempatan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, calon tersebut adalah seorang yang baik.

“Calon tersebut juga adalah anak tempatan,” katanya semasa melancarkan Jentera BN PRK Tanjung Piai, di sini.

Secara berseloroh beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong turut ‘meminta’ beliau tidak mengumumkan nama calon BN pada hari ini.

Justeru, beliau menyerahkan tugas mengumumkan siapa calon BN berkenaan kepada Hasni pada waktu yang difikirkan sesuai. – Bebasnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here