Anak muda terpelajar antara yang bekerja dalam sektor 3D

Mereka dibayar gaji bersih melebihi gaji seorang graduan baharu dalam sektor-sektor lumrah.

0
311
PEKERJA muda MBPP sedag membersihkan tandas berhampiran medan selera di Gurney Drive, George Town, Pulau Pinang./ Foto: The Star.

Oleh FETTY RARA

TANGGAPAN bahawa anak-anak muda yang mempunyai kelulusan universiti tidak mahu bekerja sebagai buruh memang kurang tepat.

Ini kerana jika diperhalusi statistik pekerjaan di sesetengah tempat kita akan mendapati bahawa tidak kurang ramai yang mengetepikan persepsi negatif masyarakat dan berusaha bekerja dalam pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Sebagai contoh, dalam satu laporan khas akhbar The Star hari ini dilaporkan bahawa daripada sejumlah 887 pekerja am di Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP), 291 orang berusia bawah 31 tahun dan terdapat juga yang memiliki ijazah universiti dan diploma.

Akhbar tersebut turut melaporkan tentang seorang graduan, Mohammad Zulfadli Mohammad, 28 yang memiliki kelulusan ijazah kejuruteraan elektrik.

Beliau bekerja untuk MBPP sejak setahun lalu dan tugas pertamanya ialah menyapu jalan raya dan membersihkan longkang di kawasan Minden Heights, Gelugor.

Anak muda itu mengaku berasa sedikit malu semasa mula bertugas tetapi lama-kelamaan dia tidak lagi hiraukan tentang tanggapan orang lain, sebaliknya rasa bangga dengan kerjanya itu untuk menjaga alam sekitar.

The Star cuba mendapatkan butiran jumlah gaji yang dibayar kepada pekerja MBPP seperti Mohammad Zulafadli, tetapi sejajar dengan kepatuhan kepada undang-undang akta perlindungan data peribadi, pihak MBPP tidak boleh mendedahkannya.

Bagaimana pun, adalah difahamkan mereka dibayar gaji bersih melebihi gaji seorang graduan baharu dalam sektor-sektor lumrah.

Menurut Mohammad Zulfadli, selepas lulus universiti dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya dan dia tidak boleh menganggur berpanjangan kerana perlu menyara ibu bapanya.

Seorang lagi graduan, Mohd Anuar Mat, 29 pula berkata pada mulanya dia bekerja sebagai petugas penghantaran di sebuah bank sebelum bekerja dengan MBPP kerana pelbagai faedah yang ditawarkan, dan lebih-lebih lagi kerana menurutnya apa yang dilakukan adalah kerja ikhlas dan memuaskan.

Di pihak MBPP pula seorang pegawai eksekutif jabatan Perkhidmatan Bandar Raya, Mohamad Arif Azhar berkata sejak dua tahun lalu semakin ramai belia memohon untuk menjadi pekerja am badan tersebut.

Apa yang dilihatnya ialah usaha pihak MBPP untuk menukar tanggapan masyarakat tentang kerja-kerja 3D dan melihat kepada peluang untuk anak-anak muda bekerja dari bawah dan membantu mereka membentuk pembangunan diri.

Dalam pada itu beliau berkata kerja-kerja perkhidmatan bandar menjadi lebih menarik kerana penggunaan teknologi yang sehaluan dengan generasi mereka.

Selain faedah diri, pekerja am MBPP turut menikmati penjagaan kesihatan untuk ahli keluarga mereka.

Antara yang menyahut cabaran murni bekerja dalam sektor 3D MBPP dan di Majlis Bandaran Seberang Prai (MPSP) termasuk seorang anak gadis berusia 21 tahun dan 36 OKU berumur antara 35 dan 54 tahun.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here