Selepas KL, restoran Indomie dibuka di Singapura

0
294

POPULAR… Ini tentu berita baik buat para penggemar Indomie apabila sebuah kedai makanan jual hidangan berasaskan produk mi segera popular Indonesia itu sudah dibuka di Singapura.

Menurut laman blog makanan terkenal republik itu, Have Halal Will Travel, pemilik kafe Royz et Vous baru sahaja perkenalkan IndoBowl, iaitu sebuah kedai makanan Indomie berstatus halal.

Ia pertama kalinya dibuka di Kuala Lumpur pada 2017 lalu, manakala cawangan terbaharu di Singapura itu telah secara rasmi dibuka sejak 25 Oktober lepas di kawasan Kampong Glam.

Meskipun Indobowl bukan restoran rasmi syarikat Indomie, ia menawarkan pelbagai hidangan diperbuat daripada jenama mi segera dan lebih menarik daripada apa biasa dimasak di rumah.

Menu restoran tersebut juga tidak hanya terhad kepada produk Indomie sahaja. Antara hidangan yang patut dirasai para pelanggan ialah Indomie Mumbo Jumbo berharga S$49.90 (RM153.23).

Sesiapa sahaja yang berkata tidak jemu makan Indomie, patut pesan menu ini, sesuai dimakan bagi empat orang. Ia menyajikan Indomie dengan daging, ayam panggang serta makanan laut.

Ia turut dihidangkan bersama-sama empat telur goreng dan hirisan mentimun. Tidak ketinggalan ialah Indomie Dendeng yang agak murah dengan harganya pula cuma S$10.90 (RM33.47).

Hidangan Indomie yang pedas ini dihidangkan bersama dendeng balado. Bagi mereka yang ingin makan nasi tetapi dipaksa ke kafe Indomie, jangan risau kerana masih ada hidangan nasi.

Nasi Goreng Iga berharga S$20.90 (RM64.18) ini dihidangkan bersama iga penyet. Jangan lupa untuk nikmati Sate Ayam Madura berharga S$8.90 (RM27.33) ini dibubuh dengan kicap manis.

Menu ini bahkan sesuai dimakan bersama-sama Indomie anda. Premis IndoBowl Singapore terletak di 39, Sultan Gate dan dibuka pada setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here