PLUS nafi tidak cekap, tiada kenaikan tol sejak 14 tahun lalu

    0
    516

    KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bukan sahaja syarikat konsesi tol terbesar dan paling berpengalaman di rantau Asia Tenggara tetapi ia juga berada di antara 10 syarikat lebuh raya utama dunia.

    Bahkan, PLUS sentiasa mengukur keupayaannya menerusi kecemerlangan operasi dan kos, kata Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan di sini untuk menjelaskan laporan kurang tepat sebuah media tempatan tentang hutang dan kecekapan operasinya.

    Tambah Azman lagi, menurut laporan penanda aras baru-baru ini, PLUS cemerlang dalam operasi, penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal serta menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pesaing dalam industri yang sama di dalam negara.

    Beliau berkata, antara perkara yang perlu ambil kira adalah PLUS tidak menaikkan kadar tolnya selama 14 tahun sejak tahun 2005 dan kadar tol semasa bagi setiap kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) adalah salah satu yang terendah di negara ini.

    “Keuntungan yang diterima oleh PLUS diagihkan kepada pemegang sahamnya, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group), seterusnya memberi faedah dan manfaat kepada Pencarum KWSP (14 juta ahli) iaitu rakyat dan Kerajaan,” jelasnya.

    Menurut Azman, laporan akhbar berkenaan yang memetik Tan Sri Halim Saad, bekas penerajunya sebagai berkata, jumlah hutang PLUS lima kali lebih rendah berbanding hutang semasa dan kenyataan lain tentang hutang pengendali lebuh raya itu juga tidak tepat.

    Berikut adalah kenyataan penuh penjelasan PLUS tentang laporan akhbar berkenaan.

    PLUS clarify
    BebasNews
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here