Takdir Tercipta untuk Hafiz dan Adira

0
151
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SELEPAS empat tahun tidak berjumpa dan bekerjasama, Hafiz Siip dan Adira dipertemukan semula menerusi lagu Takdir Tercipta ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali yang dilancarkan pada 9 September lalu.

Malah muzik video Takdir Tercipta yang dilancar pada pukul 3 petang, 30 Oktober 2019 di saluran YouTube Nova Music Videos diharap dapat mengubati rindu peminat terhadap pasangan duet tersebut.

Menariknya, muzik video itu seolah-olah mengimbas dan menceritakan kembali perjalanan kisah cinta Hafiz dan Adira.

Bagaimanapun menurut Hafiz, apa yang dipaparkan adalah sebuah cerita yang melengkapkan lagi lirik lagu itu.

“Kalau tengok muzik video ini sama macam drama. Ia ada jalan cerita tersendiri. Terpulang pada persepsi masing-masing.

“Saya dan Adira menjalankan tanggungjawab diberikan dengan cukup profesional. Saya percaya, apa yang dipaparkan berkaitan dengan lagu dan lirik.

“Secara peribadi, saya menganggap muzik video ini adalah hadiah buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya kami dari dulu hingga kini,” katanya.

Muzik video itu yang diilham sepenuhnya oleh Hafiz mendapat sentuhan pengarah Bobong Latif.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here