Berkali-kali tinggalkan suami gara-gara telur

0
260
FOTO: Creative Commons.

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

SETIAP pasangan pasti menginginkan hubungan yang berjalan lancar. Namun perselisihan dan masalah tertentu pastinya sukar untuk dihindari setiap pasangan.

Pasangan suami-isteri bukan bermakna mereka bebas daripada konflik. Biarpun masalahnya hanyalah remeh-temeh seperti pasangan di India ini.

Seorang isteri di India ini telah beberapa kali lari dari rumahnya apabila suaminya gagal menyediakan telur untuknya setiap hari, lapor World of Buzz.

Sikap wanita dari Daerah Gorakhpur Uttar Pradesh, India yang suka merajuk ini akhirnya mendapat perhatian netizen.

Wanita ini telah melarikan diri dari rumahnya dan meninggal suaminya apabila tidak mendapat telur tetapi empat bulan kemudian kembali semula ke rumah berkenaan.

Baharu beberapa hari di rumah, dia kembali meninggalkan suaminya. Dia berkelahi dengan suaminya kerana tiada telur untuk dimakan.

Suaminya percaya isterinya mungkin kahwin lari mengikut pasangan gelap dan berusaha untuk mencarinya tetapi gagal.

Tindakan isterinya menyebabkan suami wanita berkenaan melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut suaminya, dia hanya buruh yang mendapat upah harian dan tidak mampu membeli telur setiap hari.

Lelaki itu juga mendakwa kekasih gelap isterinya menyebabkan wanita itu lari dari rumah kerana mampu menyediakan telur setiap hari. Telur adalah kelemahan isterinya.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here