Oleh Yusoff Ahmad Shariff

DI Amerika Syarikat, lembaga pengurus sebuah sekolah di Florida telah memecat seorang bekas guru besar setelah dia enggan mempercayai bahawa pembunuhan kaum Yahudi (holocaust) oleh diktator Nazi Jerman, Adolph Hitler semasa Perang Dunia Kedua di Eropah benar berlaku.

William Latson merupakan guru besar Spanish River Community High School di Boca Raton sehinggalah beliau diarahkan berpindah ke jawatan baharu pada musim panas baru-baru ini.

Menurut CNN, pada 2018  Latson telah menghantar satu e-mel kepada ibu bapa seorang pelajar dalam mana beliau berkata, “Saya tidak boleh mengatakan bahawa holocaust sebenarnya satu detik bersejarah dan berasaskan fakta kerana sebagai seorang penjawat awam daerah saya tidak boleh berpendirian sedemikian.”

FOTO: US Holocaust Memorial Museum.

Beliau juga dilaporkan memberitahu ibu bapa pelajarnya itu bahawa, “bukan semua orang percaya holocaust itu benar-benar berlaku.

Berikutan itu pada Rabu lalu pihak lembaga pengurus sekolah mendapati beliau telah melanggar protokol etika dan gagal memberikan respons segera kepada pegawai-pegawai daerah setelah komennya mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Susulan itu, Lembaga Sekolah Palm Beach mengundi 5-2 untuk memecat Latson berkuasa 21 November depan.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here