TEGAS… Badan Penapis New Zealand mengharamkan sebuah permainan video yang kelihatan mengagungkan serangan pengganas di Christchurch pada 15 Mac lalui yang bunuh 51 jemaah.

Ketuanya, David Shanks berkata, permainan video tersebut dikesan mengagungkan siaran langsung pembunuhan beramai-ramai itu sudah diklasifikasikan sebagai tidak boleh diterima.

“Pereka permainan itu bertujuan menghasilkan dan jual di mana pemainnya memainkan peranan sebagai pengganas pelampau kulit putih,” kata beliau dalam satu kenyataan di Wellington.

Dalam serangan disiarkan langsung melalui Facebook, penembak berseorangan bersenjatakan senapang separa-automatik itu menyasarkan jemaah solat Jumaat di dua masjid di Christchurch.

Suspek warga Australia, Brenton Tarrant, dikenal pasti penyokong tegar gerakan ketuanan kulit putih, berjaya didakwa atas serangan itu dan akan dibicarakan di mahkamah pada tahun depan.

Shanks sebelum ini dilapor media tempatan bertindak tegas dengan mengharamkan penstriman video serangan berdarah Christchurch dan manifesto yang dikaitkan dengan si tertuduh itu.

Awal bulan ini, badan penapis itu juga haramkan video selama 35 minit berhubung satu serangan berasingan oleh seorang berpandangan anti-Yahudi bunuh dua mangsa di Jerman.

Dokumen yang dikongsi penyerang itu juga diharamkan. Terdapat pengeluar permainan video yang menunjukkan hasrat untuk menghasilkan ‘sekumpulan’ permainan pelampau kulit putih.

Mereka sudahpun jana pendapatan daripadanya. Para pelanggan di New Zealand dan serata dunia malah boleh beli permainan itu terus daripada laman pengeluar tersebut, dedah Shanks.

“Pengeluar permainan video ini cuba menggayakan hasil kreatif mereka sebagai bentuk satira namun permainan ini bukan senda gurau bersesuaian. Ia amat melampaui batas,” tegas beliau.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here