Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PIHAK berkuasa Kuwait berkata mereka telah dengan secara rasminya memanggil beberapa individu yang menggunakan akaun media sosial untuk memperdagangkan pembantu rumah sebagai hamba abdi.

Siasatan oleh berita BBC mendapati terdapat beberapa ruang pasaran hamba abdi dalam talian yang diuruskan melalui aplikasi pintar dan boleh dimuat turun dari Google dan Apple, termasuk Instagram.

Wanita ditawarkan untuk jualan sebagai pekerja melalui hashtag seperti “pembantu rumah untuk ditukar” atau “pembantu rumah untuk dijual.”

Kerajaan Kuwait berkata mereka yang terbabit telah diarahkan supaya memadamkan iklan-iklan tersebut.

Mereka juga dipaksa menandatangani ‘aku janji’ tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Pengendali aplikasi Instagram berkata mereka telah mengambil tindakan sejak dihubungi oleh pihak BBC, dan menyatakan bahawa semua kandungan sedemikian dalam Facebook dan Instagram telah dinyahkan dan disekat. Selain itu, Instagram dan Facebook juga akan menyekat usaha untuk menggunakan akaun baharu bagi tujuan pemerdagangan hamba abdi.

Ketua Pihak Berkuasa Tenaga Manusia Awam Kuwait, Dr Mubarak Al-Azimi berkata pihak beliau sedang menyiasat seorang wanita yang disebut dalam laporan khas BBC berhubung penjualan seorang anak gadis berusia 16 tahun bernama Fatou dari Guinea melalui aplikasi dalam talian.

Turut disiasat seorang pegawai polis yang dikaitkan dalam laporan berkenaan.

Bagi pelakunya, pihak berkuasa mungkin akan menangkap semua yang bertanggungjawab, sementara mangsanya pula akan dibayar ganti rugi.

Kimberley Motley, seorang peguam bela antarabangsa Amerika yang mewakili Fatou berkata bahawa beliau percaya pihak yang membangunkan aplikasi tersebut perlu diwajibkan membayar ganti rugi kepada anak gadis berkenaan dan tindakan juga perlu diambil ke atas Google dan Apple.

Rasional beliau ialah kerana dalam terma dan syarat penggunaan dan pengedaran aplikasi oleh Apple Store, syarikat tersebut dengan jelas menyebut bahawa mereka bertanggungjawab di atas segala yang ditawarkan melalui platform aplikasi berkenaan. Oleh yang demikian, Motley bertanya, “apakah maksud semua itu?”

Dalam pada itu, Motley mendesak supaya tuduhan jenayah dikenakan ke atas semua yang terlibat dalam kes pemerdagangan Fatou di Kuwait.

Di pihak Google dan Apple pula, mereka sedang bekerjasama dengan pihak pembangun aplikasi berkenaan bagi mengekang kegiatan jenayah menggunakan platform masing-masing.

Pada Khamis, Berita BBC Arab telah menyiarkan hasil laporan siasatan yang mendapati bahawa pekerja-pekerja domestik diperdagangkan dalam talian dalam pasaran begitu laris.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here