Oleh FAUZAN UDA AHMAD

SEBUAH kereta Lamborghini Miura P400 S buatan tahun 1969 berjaya dijual pada harga AS$1.6 juta (kira-kira RM6.5 juta) dalam satu acara lelong Sotheby’s di London baru-baru ini.

Kereta itu mendapat harga yang tinggi kerana ia masih berada dalam bentuk asal.
Menurut laporan The Drive, kereta mewah dengan nombor casis 4245 masih berada dalam keadaan hampir sempurna kerana dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Kereta berkenaan baru digunakan bagi perjalanan sejauh 29,000 dan selepas 50 tahun baru berpindah tangan.

Pemilik pertama kereta itu ialah Walter Becker dari Nurnberg, Jerman yang membelinya pada tahun 1971. Beliau yang merupakan pemilik agensi periklanan ini kemudian menjualnya pada tahun 1974 kepada Hans-Peter Weber, seorang kolektor kereta sport yang kerap mengikuti perlumbaan dengan Porsche 911.

Kereta ini pun kemudian berada di tangan Hans-Peter hinggalah dia meninggal dunia pada tahun 2015. Setelah itu adiknya, Karl memutuskan untuk menyimpan kereta berkenaan sebelum akhirnya dilelong baru-baru ini.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here