Oleh FETTY RARA

CHINA telah memasang sebuah sistem pengesan emosi di Xinjiang, di mana kira-kira 1 juta kaum minoriti Muslim ditahan dalam kem-kem tahanan.

Menurut laporan The Financial Times, pendedahan ini timbul setelah Amerika Syarikat menyenaraihitamkan lapan syarikat teknologi kecerdesan buatan (AI) yang terbabit dalam pelanggaran hak asasi manusia di wilayah Xinjiang di bahagian barat negara itu.

Teknologi pengesan emosi, walaupun masih di peringkat awal pembangunan, mampu mengesan ekspresi wajah dan tubuh, selain mengenal pasti tanda-tanda stres, gementar dan tingkah laku agresif.

Bagaimana pun, teknologi berasaskan AI itu dikecam kerana kegagalan berfungsi sepatutnya dan dianggap sekadar ‘sains mengarut’ yang dijenamakan sebagai teknologi AI.

Seorang jurucakap syarikat Megvii yang berpangkalan di China memberitahu The Financial Times bahawa teknologi berkenaan sememangnya digunakan oleh kerajaan China, terutama oleh biro-biro keselamatan awam.

Kaedah teknologi itu menarik perhatian ramai di Expo Keselamatan Awam di Shenzhen minggu ini.

Ekspo tersebut merupakan pameran teknologi pengawasan dan keselamatan terbesar di China.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here