Oleh ARRAZAQ NAZRI

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menegaskan bahawa zakat adalah rukun Islam yang hanya difardukan kepada umatnya sahaja, sama ada sebagai muzakki (pengeluar zakat) atau mustahik (penerima zakat).

Prinsip ini jelas dalam hadis sahih dan masyhur yang mewajibkan zakat ke atas harta milik orang Islam yang kaya untuk diagihkan kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam, kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop.

Beliau mengakui bahawa terdapat pengecualian diberikan tetapi ia hanya melibatkan penerima zakat yang baru memeluk Islam atau asnaf mualaf sahaja seperti mana ditetapkan oleh Fatwa Sistem Agihan Zakat Negeri Selangor 2013.

Katanya, takrifan mualaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum berbuat demikian atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

Saipolyazan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan lembaga zakat melakukan reformasi dengan mengagihkan zakat kepada orang bukan Islam.

Beliau berkata, pengagihan hanya akan dilakukan tertakluk kepada kriteria seperti disahkan memeluk agama Islam oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau mana-mana institusi yang diiktiraf.

Kriteria kedua pula adalah mualaf yang mempunyai tanggungan sedia ada dan anak-anak yang lahir selepas memeluk agama Islam yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan akan dibantu dalam tempoh lima tahun.

“Kriteria lain, ketua atau orang bukan Islam yang berpengaruh dan berjinak-jinak dengan Islam dan pemberian zakat diharap akan menarik beliau sendiri dan mempengaruhi masyarakatnya kepada Islam juga boleh dipertimbangkan untuk diberi zakat.

“Ahli keluarga Mualaf yang berpotensi untuk memeluk Islam dan pihak yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam, serta orang bukan Islam yang duduk di sempadan dan dikhuatiri akan belot terhadap pemerintah Islam juga boleh dipertimbangkan untuk mendapat zakat, “katanya.

Saipolyazan menambah, LZS akan terus memartabatkan seruan berzakat serta menyantuni hak lapan asnaf seperti yang ditetapkan oleh Al-Quran.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. BAGI TUJUAN ASNAF MUALLAF

    Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu
    a) Beragama Islam
    + Baru memeluk agama Islam
    + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
    + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
    + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
    b) Bukan beragama Islam
    + Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
    + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

Leave a Reply to hermanfarispetra9599 Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here