Model Australia-Sudan mirip patung Barbie

0
442
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG model berdarah Australia-Sudan ditular dalam media sosial kerana wajahnya mirip patung Barbie. Model cantik tersebut bernama Nyadak Duckie Thot, mempunyai kulit yang eksotik.

Selain kulitnya yang eksotik, Nyadak juga memiliki wajah yang cantik, mirip dengan patung Barbie, lapor OKNews
Nama beliau pertama kali dikenali pada 2013 setelah mendapat tempat ketiga dalam Australia Next Top Model musim kelapan.

Sejak itu Nyadak mendapatkan tempat dalam kalender 2018 bertema Alice in Wonderland milik Pirelli. Dia juga menjadi bintang iklan untuk beberapa syarikat fesyen dan kecantikan untuk golongan atasan.

Sebagaimana disiar VT, Sabtu (2/11/2019), akaun Instagram Nyadak ketika ini mempunyai sejuta pengikut. Dia juga telah berkerjasama dengan saudara perempuannya bernama Nikki Perkins yang cukup terkenal dalam industri tersebut.

Bercakap mengenai kisah kehidupannya, Nyadak mengaku ibunya adalah orang asli Sudan. Peperangan menyebabkan orang tua Nyadak berpindah ke negara lain untuk menyelamatkan diri.

“Keluarga saya berasal dari Sudan Selatan. Ibu mengandung saya ketika dia meninggalkan negara itu kerana perang.”

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here