Penyokong cilik Kedah tanggal, hempas jersi

0
518

Oleh KAKI BANGKU

VIDEO seorang penyokong cilik Kedah yang menangis kecewa ketika menyaksikan persembahan pasukannya pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, malam tadi menjadi tular pada laman sosial.

Video itu menyorot aksi dan emosinya bercampur marah, menanggalkan jersi hijau kuning Kedah yang memaparkan nama Aiman di belakang lalu menghempaskannya di depan TV yang menyiarkan siaran langsung perlawanan itu.

Reaksinya berlaku sejurus selepas penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim tertewas lagi dengan rembatan kaki kiri Safawi Rasid menerusi sepakan bebas untuk gol kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minit ke-35.

Helang Merah tumpas 3-0 kepada JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil – mengulangi kekalahan mereka kepada Harimau Selatan seperti final dua tahun lalu, 2-0.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here