SEKUMPULAN orang berkumpul di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bagi menunjukkan setiakawan dengan nelayan yang didakwa akan terjejas dengan projek tambak laut di di perairan selatan Pulau Pinang.

Mereka membawa pelbagai kain rentang dan poster menarik seperti “No ikan no makan”, “Mee udang tak ada udang selepas tambak?” dan “One island is enough” (satu pulau sudah cukup).

Dipimpin oleh pengarah filem Andrew Han, perhimpunan protes pada projek itu disertai oleh aktivis NGO, pelajar universiti dan nelayan dari utara semenanjung.

“Tidak lama lagi cucur udang dan char kuetiau kamu tidak akan ada udang kerana (projek) tambakan akan jejaskan bekalan makanan laut,” kata jurucakap Penang Forum Khoo Salma.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader pula memberi amaran bahawa lautan sekarang sedang dicemari oleh bahan kimia yang boleh menyebabkan barah.

“Mereka yang duduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak jauh dari sini pun boleh kena kanser,” katanya.

Perhimpunan itu dirancang sehingga jam 2 petang ini dan memorandum berkaitan “penderitaan nelayan” akan disampaikan pada Ketua Menteri Chow Kon Yeow di bangunan DUN Pulau Pinang.

Dewan negeri dijadual bersidang sehingga 8 November depan.

Pada hari ini juga, kumpulan nelayan turut memboikot dari turun ke laut selama sehari.

Projek tambakan itu melibatkan kawasan seluas 1,820 hektar dan akan mewujudkan tiga pulau buatan.

Projek pembinaan dirancang dibuat di kawasan tambakan itu dan dijual bagi membiayai kos Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Nelayan yang membantah juga telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen.

https://www.malaysiakini.com/news/498497
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here