Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SYARIKAT penghantaran makanan Foodpanda akan melancarkan siasatan segera dan mengeluarkan beg-beg penghantaran makanan yang dibuang di tepi hutan di Gombak, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini Foodpanda berkata mereka akan menghubungi Andy Hickson yang mendedahkan tentang perkara tersebut untuk mengetahui lokasi sebenar.

Dalam tindakan untuk menangani krisis terhadap syarikat berkenaan, Foodpanda menegaskan bahawa mereka bekerjasama dengan pembekal beg-beg berkenaan yang digunakan untuk dibuang dengan cara betul melalui proses kitar semula.

Menurut kenyataan itu lagi, kelestarian diutamakan bagi Foodpanda, seperti pilihan bagi pemesan makanan untuk tidak menerima hantaran bersama peralatan makanan plastik pakai sekali.

Syarikat itu memberi jaminan bahawa perkara tersebut merupakan aspek amat penting bagi mereka memahami.

Pada Ahad lalu, Hickson telah post sebuah video memaparkan sampah yang dibuang di pinggir hutan berhampiran Hospital Orang Asli Gombak.

Portal The Star yang melaporkan berita ini cuba menghubungi pihak Majlis Perbandaran Selayang tetapi dimaklumkan bahawa perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya Gombak (JKR).

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here