Eh, anak kucing siapa ni?

    0
    206
    FOTO: Facebook MAHB.

    Oleh FETTY RARA

    BARU-baru ini petugas Malaysia Airports Berhad (MAHB) telah menjumpai seekor anak kucing yang terperangkap di bawah sebuah eskalator di kawasan contact pier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Mendengar ngiauan anak kucing itu seorang pekerja MAHB segera melaporkan kepada pusat kawalan operasi lapangan terbang.

    Siasatan mendapati seekor anak kucing terperangkap di situ dan operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan.

    Anak kucing comel tersebut berjaya dikeluarkan sebelum tersepit di antara mekanisme penggerak eskalator.

    Tidak dapat diketahui bagaimana anak kucing itu berada di bawah eskalator berkenaan, tetapi bagaimanapun, keprihatinan pihak MAHB terhadap makhluk Allah yang berhak hidup dalam manusia mendapat pujian ramai.

    Dalam pada itu pihak MAHB meminta pemilik haiwan comel yang mungkin sengaja dibawa ke lapangan terbang supaya lebih berhati-hati.

    -BebasNews

     

     

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here