BANTERAS… Ia mungkin sekadar gambar biasa namun ada banyak maksud tersirat yang kadang kala tanpa sedar agak berbaur seksual dan kurang sesuai dijadikan mesej bergambar.

Justeru, gergasi media sosial Facebook dan Instagram dilapor bakal haram beberapa emoji dalam usaha untuk mengehadkan penggunaan simbol yang disifatkan sebagai lucah dan erotik.

Susulan pelancaran emoji baharu untuk peranti Apple dengan kemas kini iOS 13.2, pentadbir Facebook, yang turut memiliki Instagram, akan sekat pelbagai simbol mesej secara bergambar.

Antara senarai berkenaan termasuk emoji popular iaitu terung, buah pic dan titisan air yang lazimnya dirujuk netizen mewakili masing-masing imej zakar, punggung dan pancutan air mani.

Bagaimanapun, emoji itu masih dibenarkan dalam kapsyen hantaran, tetapi tidak lagi boleh digunakan dengan cara yang jurus kepada maksud seksual atau rangsangan nafsu syahwat.

Ini selepas penghibur rap Amerika Syarikat, Kanye West menuduh platform media sosial itu sengaja menimbulkan ketagihan seks dalam kalangan netizen lelaki yang sudah berkahwin.

Menurut agensi berita tempatan, peraturan baharu itu adalah sebahagian daripada piawaian komuniti terkini untuk platform media sosial, yang secara rasmi diterbitkan pada September lalu.

Foto bogel dengan ada emoji tertentu tutup alat kelamin, punggung atau buah dada wanita juga tidak dibenarkan, selain apa-apa pautan atau maklumat yang bawa kepada bahan pornografi.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here