Lawan tetap lawan -peguam

1
508

ALHAMDULILLAH, saya bangga di Mahkamah tadi (4November), ramai kepimpinan NGO dan parti Melayu Islam serta individu Melayu turut hadir memberikan sokongan moral kepada saya dalam tindakan mencabar keabsahan Sekolah Vernakular ini.

Cuma saya agak terkejut Pertubuhan Cina dan India seperti Dong Zhong dan Pertubuhan Bahasa Tamil Malaysia telah Awal2 melantik Peguam sebagai Pencelah (Intervener) dalam kes ini.

Jika kebenaran di berikan kepada saya pada 11 November nanti, saya harapkan NGO dan Parti Melayu Islam berkaitan bahasa dan Pendidikan dapat turut melantik Peguam dan turut memohon sebagai Pencelah.

Setakat ini setahu saya, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) telah melantik Peguam untuk masuk sebagai Pencelah.

Jadi sama2 Kita doakan Kita akan mendapat Kebenaran (Leave) dari Mahkamah untuk mendengar merit permohonan ini pula.

Sama2 lah Kita berdoa dan seperti yang saya katakan di luar Mahkamah tadi, saya mempunyai 5 pilihan utk di jadikan PLAN B jika permohonan Leave saya ini di tolak oleh Mahkamah.

Saya akan teruskan juga mencabar keabsahan Sekolah Vernakular ini dari sudut yang berbeza pula.

LAWAN tetap lawan.

Sumbangan untuk Tabung Perjuangan mencabar Sekolah Vernakular Kini boleh di buat secara perbankan Internet dengan mengetip pautan ini :-

Mencabar Keabsahan Sekolah Vernakular

Terima kasih atas sumbangan anda yg merupakan saham Perjuangan anda utk terlibat sama dalam Perjuangan ini.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
4 November 2019

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here