NGERI… Adakah anda tidak takut hantu dan mahu hadiah wang tunai lumayan? Cabaran ngeri itu mungkin sesuai jika sanggup masuk ke rumah hantu ini yang dianggap paling seram di dunia.

Setakat pengalaman disergah pelakon yang diupah memakai kostum ngeri mungkin tidak begitu seram tetapi premis di Summertown, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) ini memang berlainan!

Rumah hantu itu bukan sahaja janjikan pengalaman seram pada harga tiket murah, malah tawarkan ganjaran lumayan bagi yang berjaya melalui sesi lawatan tersebut sehingga selesai.

Media di AS melaporkan McKamey Manor janjikan ganjaran AS$20,000 (kira-kira RM82,843) bagi sesiapa yang dapat selesai melalui pengalaman selama 10 jam di dalam rumah hantu itu.

Sebagai balasan, pengunjung hanya dikenakan harga bayaran bernilai sekampit makanan anjing untuk diberi kepada haiwan peliharaan pemilik rumah tersebut iaitu Russ McKamey.

Bagaimanapun, apa pula syaratnya? Seseorang pengunjung cuma perlu usia sekurang-kurangnya 18 tahun, ada perlindungan insurans, lulus pemeriksaan latar belakang dan ujian bebas dadah.

Selain itu, mereka yang ingin sahut cabaran perlu tandatangani borang perakuan setebal 40 muka yang melepaskan McKamey daripada sebarang tanggungjawab jika berlaku kecederaan.

Antara syarat aneh dalam dokumen akujanji itu ialah pengunjung perlu bersetuju “tidak akan undurkan diri dari lawatan itu kecuali adanya kecederaan fizikal atau psikologi yang agak serius”.

Borang ikrar itu menyatakan perasaan takut atau mengalami rasa cemas tidak dikira sebagai kecederaan dan menambah bahawa “Kecederaan boleh berlaku semasa lawatan mereka”.

Ini termasuk tidak terhad kepada kecederaan bahagian kepala, leher dan belakang, kematian, angin ahmar, kecederaan trauma pada otak” selain strok haba, lemas dan tidak sedarkan diri.

Uniknya media tempatan melaporkan setakat ini belum ada sesiapa yang berjaya menamatkan cabaran rumah hantu tersebut dan memenangi ganjaran yang ditawarkan oleh McKamey.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here