SEPANG — Transformasi pendigitalan platform pengiklanan dan media yang dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka dapat memacu pertumbuhan segmen bukan aero pengendali lapangan terbang itu.

Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersial MAHB, Mohammad Nazli Abdul Aziz, berkata inisiatif berkenaan adalah salah satu langkah di bawah Strategi RESET Komersial MAHB yang dilaksanakan ke arah meningkatkan pertumbuhan profil runcit syarikat berkenaan.

Katanya, membabitkan enam fasa, pelaksanaan platform pengiklanan digital di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada Julai tahun depan.

“Pendigitalan platform media dan pengiklanan ini sudah dimulakan sejak September tahun lalu, sebagai salah satu langkah menarik pengiklan dan jenama luar menggunakan KLIA untuk mempromosikan jenama mereka.

“Lapangan terbang kini bukan lagi hanya sebagai hab pengangkutan semata-mata tetapi ia sudah berkembang satu entiti yang mempunya segmen pelbagai.

“MAHB sentiasa berusaha menyediakan pengalaman perjalanan terbaik untuk penumpang selain mewujudkan suasana menarik dan interaktif kepada penumpang selaras Strategi RESET Komersial MAHB.

“Pelbagai aset lapangan terbang di sini sudah melalui fasa pendigitalan termasuk pengenalan MYAirports App yang

membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka lebih awal yang mana ia memudahkan penumpang merancang perjalanan di samping mendapat kemas kini langsung mengenai maklumat penerbangan mereka.

“Platform digital ini akan membantu meningkatkan penyampaian maklumat kepada penumpang selain membolehkan mesej pengiklan sampai kepada penumpang KLIA yang menyaksikan pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus pada September lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Digital Arrival Spectacular di KLIA, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi, VGI Airports, Jonathan Goldsmid.

MAHB sebelum ini menyasarkan sumbangan hasil segmen bukan aero sebanyak RM600 juta menjelang 2021 dengan memanfaatkan kategori produk berprestasi tinggi.

Menerusi kerjasama antara MAHB dan VGI Airports, transformasi pendigitalan platform pengiklanan dan media dilaksanakan di KLIA dan klia2 membabitkan penempatan skrin digital pelbagai saiz di balai ketibaan domestik dan antarabangsa lapangan terbang berkenaan.

Sementara itu, Goldsmid, berkata fasa keempat projek berkenaan dijangka dapat diselesaikan Januari tahun depan dengan

KLIA akan menjadi satu-satunya lapangan terbang di Asia Tenggara yang memiliki skrin pengiklanan digital terbesar

berukuran 110 meter panjang dengan ketinggian empat meter.

“Setakat ini, dua jenama antarabangsa berprofil tinggi iaitu Breitling dan L’Oreal sudah menyatakan persetujuan untuk

menggunakan platform pengiklanan digital di KLIA dan klia2. Dalam kira-kira tempoh sembilan bulan pelaksanaan inisiatif

ini, kita sudah meningkatkan bilangan jenama yang menggunakan platform digital kami sebanyak 20 peratus setahun,” katanya.

-BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here