FOTO: Ihsan Bomba.

KUALA LUMPUR — Kira-kira 200 kakitangan dan penghuni di sebuah hotel dan pangsapuri terperangkap apabila tanah runtuh akibat hujan lebat berhampiran Jalan Ion Delemen, Genting Highlands, di sini, hari ini.

Difahamkan, runtuhan tanah itu berlaku secara berperingkat bermula kira-kira jam 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.20 petang.

Katanya, dua jentera bersama 23 anggota termasuk bantuan dari BBP Bentong dikerah ke lokasi untuk memantau lokasi kejadian.

“Kejadian ini tidak membabitkan kemalangan jiwa. Namun, runtuhan itu menghalang laluan untuk ke sebuah hotel dan pangsapuri yang menggunakan laluan berkenaan dan ia tidak membabitkan laluan utama ke Genting Highlands.

“Buat masa ini, kontraktor sedang melakukan pembersihan dan kita tidak pasti berapa lama tempoh diperlukan sebelum jalan itu boleh dilalui semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.

“Kejadian itu tidak mengakibat kemalangan jiwa dan kerosakkan harta benda. Pihak pengurusan hotel turut bersama membersihan laluan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan hotel yang enggan dikenali ketika dihubungi berkata, hujan lebat berpanjangan bermula jam 2 petang tadi.

“Mungkin disebabkan itu berlaku rekahan sebelum tanah terbabit runtuh. Kejadian itu menyebabkan penghuni berehat di hotel ini saja,” katanya.

-BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here