Bayar harga makanan dengan sampah

0
143
FOTO: merdeka.com.

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

WARUNG makan Makcik (Mbah) Sarimin atau Min yang dibuka sejak 4 tahun lalu kini memperoleh pendapatan yang lumayan sehingga dia mampu membiayai persekolahan dua anaknya.

Mekanisma pembayaran warung makannya yang menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk itu memang cukup unik, lapor Grid.id.co.

Sarimin tidak meminta wang, sebaliknya pelanggan menukarnya dengan sampah plastik. Langkah itu adalah salah satu cara membantu mengurangkan penggunaan plastik dalam kalangan masyarakat.

Sampah plastik yang dibawa pelanggan akan ditimbang dengan harga Rp1,000 untuk sekilogram plastiknya.

Selepas itu, pelanggan berkenaan boleh memilih menu yang ada di warung milik Sarimin yang mana harganya adalah tidak begitu mahal.

FOTO: ekuatorial.com

“Pelanggan perlu datang bawa sampah sekurang-kurangnya 20 kilogram, biasanya seharga Rp20,000. Kalau setiap kali mereka makan dan masih berbaki berbanding sampah plastik yang dibawa, baki itu secara automatic menjadi tabungan mereka,” kata Sarimin.

Dengan mekanisme pembayaran seperti ini, dia berharap ia memudahkan pelanggan makan dan minum di warung makanan yang letaknya di Semarang, Jawa Tengah.
Sarimin mengakui rata-rata dia boleh mendapatkan dua tan sampah plastik dalam dua minggu.

Sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali, dia dapat menghantar dua tan sampah plastik ke kilang luar kota untuk dijadikan butirn plastik untuk proses semula.

“Penghasilan yang diraih sekitar Rp 2 hingga 3 juta (RM600 hingga RM900) setiap bulan. Buat bayar kuliah anak saya. Dua-duanya. Alhamdulillah boleh kuliah. Anak pertama sudah lulus dan kerja. Kalau kedua kuliah juga sambil bantu-bantu memandu trak sampah,” kata Sarimin lagi.

Kini, berkat usahanya membantu mengurangkan sampah plastik di Semarang, menyebabkan dia menjadi perhatian dalam program bertajuk Indonesia’s Game Changer dari stesen televisyen CNA.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here