Burger McDonald’s 10 tahun lalu seperti dibeli semalam

0
267

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

TINDAKAN sesetengah orang yang berminat melakukan ‘ujikaji’ terhadap apa yang dimakan bukanlah suatu asing, termasuk makanan McDonald’s.

Salah satu ‘ujikaji’ terkenal dilakukan Karen Hanrahan, yang membeli sebiji burger pada tahun 1996 dan 14 tahun kemudian mendakwa makanan itu kekal seperti mana pada hari dia membelinya.

Pada tahun 2010, jurugambar New York Sally Davies membeli Happy Meal dan mengambil gambarnya setiap hari selama enam bulan.

Dia mendakwa makanan itu tidak busuk, berbau dan tidak dihinggapi serangga, atau menunjukkan sebarang tanda ia membusuk, lapor OKENews.com.

Sebuah video YouTube yang membandingkan proses dekomposisi burger dan kentang goreng dari pelbagai restoran selama dua bulan telah ditonton hampir lapan juta kali.
McDonald’s pada tahun 2013, pernah berkata “dalam persekitaran yang sesuai, burger kami, seperti kebanyakan makanan, boleh terdekomposisi”, tetapi jika tiada dalam persekitaran, “ia mungkin tidak akan ditumbuhi cendawan atau bakteria atau terdekomposisi”.

Pensyarah Kanan, Jurusan Sains Makanan di Universiti Islands, Bjorn Adalbjornsson, menjelaskan tanpa kelembapan, “makanan hanya akan mengering”.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here