Dua pertuduhan ADUN Seremban Jaya berhubung LTTE ditarik balik timbul persoalan

    1
    501

    KUALA LUMPUR— Tindakan pasukan pendakwaan menarik balik dua pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran tanpa memberi penjelasan menimbulkan pelbagai persoalan.

    Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UniversitiP Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr. Amini Amir Abdullah berkata, pasukan pendakwaan yang melakukan permohonan membatalkan pertuduhan itu dan mendapat kebenaran Mahkamah Sesyen Seremban hari ini membuatkan masyarakat tertanya-tanya selain melontarkan pelbagai spekulasi.

    Katanya, perkara itu mengejutkan kerana jika tidak mempunyai bukti yang kukuh kes itu tidak disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) dan dibawa ke mahkamah.

    “Ia secara langsung menyebabkan berlakunya pelbagai persoalan. Ada yang mendakwa terdapat campur tangan politik, pilih kasih termasuk ada yang membuat perbandingan dengan kes bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Siti Noor Aishah Atam yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, selepas didapati bersalah memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas pada 2017.

    “Ia juga mampu mengundang kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkaitan yang mengendalikan kes berkenaan.

    “Ini kerana sebelum ini kita dimaklumkan terdapat bukti yang kukuh yang mengaitkan mereka yang ditahan berhubung kes itu dengan kumpulan LTTE,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Amini Amir berkata, sebarang kes yang didapati terdapat sebarang unsur keganasan perlu dibasmi sebaik mungkin kerana boleh mengancam keselamatan negara.

    “Jangan kita berlembut atau memberi ruang kepada  mana-mana individu yang menyokong atau ke arah kumpulan ekstremis wujud di negara ini,” katanya.

    Mahkamah Sesyen Seremban hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Gunasekaran.

    Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.

    Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.

    Gunasekaran bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan diwakili barisan empat peguam yang diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

    Rayer dilaporkan berkata, dia berterima kasih kepada pendakwa atas langkah yang diambil.

    “Kami dimaklumkan pagi ini selepas tuduhan difailkan, mereka (pendakwa) telah membuat keputusan untuk menarik balik dua tuduhan. Tiada sebab diberikan,” katanya.

    Beliau juga berharap langkah yang sama akan diambil oleh pihak pendakwaan di mahkamah lain termasuk mengharap pihak pendakwa akan menimbang semula dan menarik balik tuduhan terhadap semua yang lain (yang ditahan di bawah Sosma yang berkaitan dengan LTTE).

    BH
    Please follow and like us:
    error

    1 COMMENT

    1. Pasukan Pendakwaan ada S.O.P yang terpakai untuk semua kes tanpa gagal.
      Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UniversitiP Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr. Amini Amir Abdullah juga sepatutnya mengulas kenapa pihak AG Tommy Thomas menyuruh tarik balik pendakwaan ke atas entiti penunggang ugama kazim elias bulan oktober ini.
      KESIMPULAN:
      Mentang mentang lah LTTE tu Tamil, You hentam cukup padu ye. Ingar amini amir abdullah, semua darah kita warna sama dan jika awak kemalangan dan nazak di wad kecemasan, darah yang awak terima kebarangkalian nya dari si Tamil!

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here