Kad syurga RM3 dapat ampun dosa?

0
229

DIBERKAS… Seorang pemimpin tarekat di Indonesia berjaya ditangkap polis tempatan kerana tular didapati jual ‘kad syurga’ kepada para pengikutnya selain ampun dosa mereka selama ini.

Menurut laporan media tempatan, kad istimewa berkenaan dijual oleh pemimpin tarekat dikenali Ta’jil Khalwatiyah, Syech Yusuf Puang La’lang di sekitar Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.

Penggunaan kad tersebut malahan dikatakan dapat berfungsi mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan para pengikutnya serta membolehkan mereka langsung masuk ke syurga.

Menurut Ketua Polis Daerah Gowa, Ajun Pesuruhjaya Kanan Shinto Silitonga, selain daripada jual kad khurafat itu, Yusuf juga didapati perdayakan serta mendoktrin minda para pengikutnya.

Suspek bahkan dikesan mampu menyebarkan fahaman tarekat sesatnya itu ke pelbagai daerah di Sulawesi Selatan antaranya Takalar dan Pangkep sehingga tersebar ke kawasan luar negara.

“Dia jual kad syurga atau disebut WIfiq kepada jemaahnya pada harga 10,000 rupiah (RM2.95) hingga 50,000 rupiah (RM14.75) dengan pengikut juga harus sumbang zakat kepada suspek.

“Ajarannya berjaya pukau ramai umat Islam yang mahu bertaubat dan disebar hampir ke seluruh Indonesia hingga luar negara, khususnya di Malaysia,” kata Shinto dipetik media tempatan.

Sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa, Yusuf berusia 74 tahun itu dikatakan sudah pun jual 317 keping kad syurga kepada ramai pengikutnya yang diketahui agak jahil ajaran Islam.

Suspek didakwa di sebuah mahkamah atas beberapa kesalahan antaranya penghinaan agama, penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk serta kesalahan memanipulasikan wang.

Sebelum ini, sekitar September lalu, sebanyak 138 bahan bukti melibatkan kumpulan itu dilapor berjaya disita selepas pihak polis menyerbu kediaman Yusuf di Desa Timbuseng, Gowa.

Polis turut bertindak merampas 21 barang bukti yang dikumpul oleh pihak Majlis Ulama Indonesia (MUI) daerah Gowa daripada ramai bekas pengikut Yusuf.

Selain 317 kad syurga, polis juga sita 80 kad pelaris, bersama barang bukti yang lain termasuk wang tunai, keris, buku, kitab terjemahan, dan risalah seperti ilmu kebal dan ilmu kaya.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here