GENG bekas pelajar Masscomm ITM ini sering bertemu. Apabila bertemu mereka gemar memburu pot makan yang menjadi buah mulut ramai.

Semalam mereka ke Warung Mee Bob & Family di Kota Damansara PJ.

Semua mereka, kecuali Ad Capang (nama samaran) tidak pernah makan di situ.

Warung itu hanya dibuka dari jam 11 pagi hingga petang.

Yang istimewa ialah mi goreng daging, paru dan sotong — boleh pilih salah satu atau campur semua sekali. Harganya dari RM6 ke RM8 bergantung kepada apa yang dipilih.

Nak tau lokasinya hanya guna Google Maps Bob & Family terletak di Jalan Cecawi 6/19a Kota Damansara.

Saksikan apa Bell (bekas tokey firma pengiklanan People & Bell) ulas mengenai mi goreng parunya.

Nota Editor: Sesiapa yang mahu membuat ulasan makanan (food review) boleh menghantar video masing-masing ke email: [email protected]

— BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here