CYPRUS sedang memulakan proses membatalkan kewarganegaraan daripada 26 individu, termasuk ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, yang memperoleh kerakyatan negara itu melalui program pelaburan, lapor Bloomberg.

Laporan itu memetik pegawai kanan kerajaan berkata 26 individu itu adalah sembilan rakyat Rusia, lapan Kemboja, enam China, dua Kenya, satu Malaysia dan satu Iran.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Constantinos Petrides dipetik Bloomberg berkata proses penarikan balik kerakyatan tertumpu kepada para pelabur yang memperolehi sejumlah 26 pasport termasuk untuk ahli keluarga mereka.

Menteri itu berkata Cyprus juga akan mengkaji semula semua individu yang telah memperoleh kira-kira 4,000 pasport di bawah program itu manakala kerajaan merancang untuk memastikan pematuhan dan pelaksanaan rangka kerja program pelaburan yang ketat.

Menurut Petrides, program pelaburan untuk pasport itu telah memberi manfaat kepada Cyprus dan negara perlu melindungi imejnya.

Sebelum ini, Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades dilaporkan bersetuju agar pasport yang diberikan negara itu kepada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low ditarik balik.

“Sudah tentu ya,” katanya dipetik oleh Cyprus Mail ketika ditanya mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Anastasiades menjelaskan siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk membatalkan pasport Jho Low.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 4 November lalu pula menyifatkan tindakan negara tertentu yang melindungi Jho Low sebagai tidak bertanggungjawab.

Low dituduh sebagai dalang disebalik skandal 1MDB yang menyaksikan AS$4.5 bilion dilesapkan daripada syarikat pelaburan negara itu.

https://www.malaysiakini.com/news/498896
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here