Hidup dengan sisa makanan, berbelanja RM30 setahun

0
254
DANIEL Tay menunjukkan makanan yang dibuang tetapi masih elok dan enak untuk di makan.

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

MENGELUARKAN wang cuma RM30 setahun untuk belanja makanan rasanya mustahil.

Namun begitulah kisah lelaki Singapura bernama Daniel Tay yang membuktikan dia boleh menikmati makanan enak untuk sejumlah kecil wang.

Tay menghabiskan hanya AS$8 (kira-kira RM30) untuk keperluan makannya selama tahun pada 2017, lapor Grid.ID memetik dari cleo.com.sg.

Ini rahsianya…

Daniel berjaya berbuat demikian dengan menjadi ‘penyelongkar sampah’ mencari barang-barang terpakai untuk keperluannya termasuklah dalam hal makanan.

Daniel,38 juga merupakan penganut freegans berdasarkan definisinya sendiri.

“Seorang freegan adalah orang yang menghabiskan sangat sedikit wang. Dia cuba mendapatkan semuanya secara percuma, ”katanya.

Setiap bulan, Daniel hanya mengeluarkan wang untuk keperluan seperti bil-bil dan pelaburan.

Dia membeli makanan untuk kucingnya tetapi tidak untuk dirinya sendiri.

Daniel yang bekerja sebagai perancang kewangan terpengaruh menjadi freegan setelah bertemu dengan seorang lelaki bernama Colin.

Colin menceritakan bagaimana di usia 40 tahun, dia telahpun pencen dan hanya menghabiskan AS$100 sebulan kehidupan.”

“Saya tidak perlu bimbang tentang wang kerana saya mendapatkan semuanya secara percuma. Begitu kata Colin,” kata Daniel.

Daniel pun hairan bagaimana Colin dapat melakukannya kerana sebagai perancang kewangan dia sendiri memerlukan AS$1,500 sebulan untukhidup di Singapura.

Colin telah hidup sebagai freegan sebelumnya selama dua tahun setelah mempelajarinya dari Internet.

Colin menyelongkar sampah di kedai dan supermarket, dan mengumpulkan makanan yang akan dibuang oleh jirannya.

Daniel, akhirnya juga bersemangat untuk mencuba gaya hidupnya. Segala yang dirancangnya berjalan lebih baik daripada jangkaannya.

Jiran-jirannya bukan hanya memberikannya makanan yang sepatutnya mereka buang tetapi juga berterima kasih kepada Daniel kerana mereka tidak lagi bersifat boros.

Selain itu, Daniel merasa hubungannya dengan para jirannya juga semakin dekat.

Dia juga dapat mengumpulkan banyak buah dan sayuran hingga memenuhi peti sejuknya sehingga berkongsi pula dengan jirannya yang lain.

Daniel juga tidak mengeluarkan wang untuk keperluan seperti mandi tetapi sebaliknya mencari sisa-sisa sabun dan syampu di tempat sampah (kebiasaan orang membuang barang-barang ini meskipun masih sisa setengah).

Daniel juga menemukan beg. Kasut dan peralatan rumah tangga lain, bahkan konsol PlayStation 3 yang masih berfungsi.

Daniel turut mempamerkan gambar-gambar sejumlah besar barang yang dia temukan di laman sesawangnya freeganinsingapore.wordpress.com.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here