GAMBAR: Pencemaran teruk mejadikan Delhi seperti ruang beracun/Foto: Creative Commons.

Oleh FETTY RARA

 

India terus bergelut dengan masalah pencemaran serius dan keadaan itu kini menjadi isu tumpuan pengkaji alam sekitar dunia.

Sebelum ini Beijing amat terkenal dengan tahap pencemaran yang teruk, tetapi sejak kebelakangan ini keadaan di India, Pakistan dan Bangladesh lebih membimbangkan.

Kenapa begitu jadinya?

Menurut penyelidikan oleh badan kaji pencemaran Swiss IQ AirVisual dan Greenpeace yang dilaporkan oleh bbc.com, daripada sejumlah 30 bandar raya  di dunia, 22 terletak di India, sementara lapan lagi di Pakistan, Bangladesh dan China.

Secara purata didapati bahawa Bangladesh mempunyai tahap pencemaran udara paling serius, diikuti Pakistan dan India.

Kesemua negara ini mempunyai stesen sukatan dengan densiti berbeza, selain kekangan berhubung ketulusan data.

Pencemaran di kawasan bandar disukat berdasarkan pelbagai faktor, termasuk trafik, jana kuasa menggunakan bahan bakar fosil dan industri berat.

Apa yang membezakan China dengan India ialah keadaan di mana di India masih berlaku banyak pembakaran terbuka apabila petani ingin membersihkan ladang mereka.

Bagi China keadaan tersebut sudah dapat ditangani dan semua pembakaran terbuka kini diharamkan.

Terbaharu Mahkamah tertinggi India telah mengarahkan supaya dihentikan pembakaran sisa ladang di sekitar Delhi, tetapi ia tidak mampu mengurangkan pencemaran kerana musim sejuk menyebabkan udara tidak bergerak, justeru memerangkap bahan pencemar.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here