Taekwondo Piala Khalid Abdul Samad himpunkan jagoan muda

0
244


Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Ratusan jagoan seni mempertahankan diri akan berkumpul di sini pada 30 November ini sempena kejohanan kebangsaan seni bela diri Taekwondo peringkat sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, Master S.Edwin, kejohanan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melibatkan pelajar sekolah dari usia enam hingga ke atas 19 tahun ke atas.

“Taekwondo bukan sekadar seni tempur tetapi wadah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Bagi memberi prestij kita mendapat kerjasama daripada Menteri Wilayah Persekutuan untuk menaja piala tersebut, kata beliau di sini.

Edwin berkata, sebelum ini beliau hanya menganjurkan kejohanan peringkat sekolah semata-mata.

Kejohanan yang akan dirasmikan sendiri Khalid Abdul Samad juga dapat merancakkan aktiviti badan beruniform berkaitan seni mempertahankan diri dalam kalangan pelajar.

Ia juga dapat menjalinkan dan mengukuhkan hubungan antara penggiat seni mempertahankan diri taekwondo serta perpaduan kaum, kata beliau.

Selain itu, peserta sekolah rendah akan berpeluang mengharumkan nama sekolah dan mendapat markah tambahan kokurikulum (PAJSK) bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, penyertaan ini merupakan markah tambahan kokurikulum ini yang menawarkan kredit 10 peratus untuk mereka layak masuk pusat pengajian tinggi awam.

Beliau berkata, para pelajar kini berpeluang untuk menyertai kejohanan yang bertaraf kebangsaan, sekali gus menimbulkan rasa gah dalam kalangan peminat seni bela diri tersebut.

Jelas beliau lagi, pihaknya turut mengadakan acara Kyorugi ( Seni Bela Diri ) untuk peserta individu bawah 6 tahun hingga 19 tahun ke atas.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here