China tutup puluhan jambatan kaca di Wilayah Hebei

0
378

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

PULUHAN jambatan berlantai kaca yang popular dalam kalangan pelancong di wilayah Hebei di China ditutup bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Ini termasuk jambatan kaca Hongyagu yang diiktiraf sebagai terpanjang di dunia.

Menurut media rasmi Kerajaan China CCTV, jambatan, anjung pemandangan dan jalur pejalan yang menggunakan kaca lut sinar di 24 lokasi di wilayah Hebei, ditutup sejak Mac 2018. Ini adalah kali pertama langkah itu diambil.

Kebelakangan ini, kemunculan kemudahan kaca berkenaan di China menyaksikan beberapa kemalangan terjadi termasuk meragut dua nyawa.

Dianggarkan terdapat sekitar 2,300 jambatan berlantai kaca di China termasuk berupa jalur pejalan kaki tetapi jumlah sebenar tidak dapat dipastikan.

Lantai kaca yang disediakan di tempat-tempat tinggi di China menjadikan kegemaran pelancong yang ingin mencuba sesuatu yang luar biasa, di tengah-tengah meningkatnya pelancongan domestik di China.

Jambatan Zhangjiajie di wilayah Hunan – yang merupakan jambatan berlantai kaca tertinggi dan terpanjang di dunia ketika dibuka tahun 2016 – dikatakan memulakan kegilaan kemudahan berlantai kaca.

Pada awal tahun ini, seorang pelancong meninggal dunia dan enam lainnya cedera ketika mereka terjatuh dari kemudahan berlantai kaca di wilayah Guangxi.

Hujan yang turun menyebabkan permukaan kaca menjadi sangat licin mengakibatkan mangsa terlanggar penghadang dengan mengalami luka di kepala.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here