Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEORANG hakim di New York mengarahkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membayar sebanyak USD2juta kerana telah menyalahgunakan dana milik yayasan amal Trump Foundation bagi membiayai kempen politiknya pada 2016.

Yayasan amal tersebut ditutup pada 2018 selepas pihak pendakwa raya mendapati ia semata-mata digunakan oleh Trump untuk kepentingan diri sendiri.

Menurut hakim, di bawah undang-undang yayasan tersebut yang diuruskan oleh Trump dan tiga anaknya tidak boleh membabitkan diri dalam politik.

Dalam memutuskan hukuman, hakim Saliann Scarpulla mewajibkan Trump sendiri membayar denda berkenaan dan wang tersebut salurkan kepada lapan yayasan amal lain yang tidak mempunyai kaitan dengan Trump.

Menurut laporan bbc.com Trump telah melanggar tanggungjawab fidusiari apabila membenarkan dana hasil kutipan veteran tentera Amerika digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Iowa pada 2016.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here