Tanpa diajar, Jim kuasai kemahiran baiki kereta dan motosikal

0
417

LAPORAN /Foto: ZIHAN ZARI

PETALING JAYA – ILMU yang baik jika berusaha mempelajarinya dari orang yang berpengalaman pun boleh berjaya asalkan terus tekun. Tiada kata tidak boleh, buat dulu mesti boleh.

Itulah antara falsafah hidup Mohd Jim Banjar, 28, seorang mekanik serba boleh, mahir membaiki motosikal dan kereta.

Bukan itu sahaja, beliau juga boleh membuat kerja kimpalan, membaiki rumah dan pendawaian elektrik.

Jim berasal dari Sandakan, Sabah sudah mendirikan rumah tangga mempunyai dua orang anak, menetap di Sungai Way selain itu belajar juga pendawaian elektrik dari bapanya yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Semporna.

Kemahiran membaiki enjin kenderaan seperti kereta dan motosikal adalah atas daya usaha sendiri tanpa pernah menghadiri sebarang kursus kemahiran, sebaliknya hanya melihat dan melakukannya semula dalam bengkel, “katanya dengan penuh yakin.

Menurut Jim, “untuk mengenal pasti masalah kerosakan kenderaan kadangkala perlu ditanggalkkan semua komponen enjin kereta supaya dapat berfungsi semula dengan baik.

Sikap suka bertanya mengenai komponen kenderaan dan membaiki daripada mekanik berpengalaman menyebabkan saya mempelajarinya dengan mudah. ”

Pesannya kepada golongan muda, “rebutlah peluang mempelajari ilmu kemahiran permotoran, walaupun bergelumang dengan minyak hitam dan gris namun pendapatannya agak baik.”

Ketangkasan beliau di depan penulis teruji apabila kereta model Proton Saga tahun 1993 manual yang dibelinya tidak boleh berfungsi lebih enam bulan namun di atas pengalaman yang dipelajarinya dibaiki dan ditukar kepada enjin auto dapat dipandu semula dengan baik.

Tambahnya lagi, “kelak, saya ingin menjadi mekanik yang berjaya dan buat masa ini sedang mengumpulkan modal tanpa membuat pinjaman bank bercadang membeli sebuah van serta menambahbaik bengkel sedia ada di Semporna.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here