Oleh FETTY RARA

SEORANG lelaki di Hawaii maut apabila terjatuh ke dalam sebuah terowong lahar – terowong yang terbentuk oleh aliran lahar gunung berapi.

Kejadian berlaku ketika dia sedang mencantas dahan pokok di tanah miliknya.

Portal bbc.com memetik polis sebagai berkata lelaki berusia 71 tahun itu jatuh dari paras ketinggian tujuh meter ke atas kawasan tanah lembut yang terus runtuh.

Terowong lahar terbentuk apabila lahar menyejuk dan menjadi keras di bahagian atas.

Mangsa ditemui pada Isnin setelah kawan-kawanya melaporkan kepada polis kerana dia tidak dapat dikesan sejak beberapa hari.

Menurut Ketua Polis Big Island, Major Robert Wagner, terowong dalam mana lelaki itu terjatuh mempunyai ukuran 60 sentimeter lebar.

Anggota bomba terpaksa masuk ke dalam terowong tersebut untuk mengeluarkan mayat.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here