Video ‘MB Perak’ kata berseorangan lawan DAP muncul

0
315

SATU klip video yang menunjukkan seorang individu mirip Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengeluh berkenaan perlu bergelut seorang diri untuk melindungi kepentingan Melayu, tersebar di media sosial.

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

“Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita,” kata individu itu kepada sekumpulan orang dalam satu pertemuan tidak rasmi.

“Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah… kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya,” katanya lagi.

Malaysiakini sedang menghubungi Faizal dan pemimpin Pakatan Harapan Perak lain untuk mendapatkan maklum balas berkenaan video tersebut.

https://m.malaysiakini.com/news/499106
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here