Cimpanzi merokok cetus kontroversi

0
177
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

VIDEO yang menunjukkan seekor cimpanzi betina menghisap rokok di sebuah zoo di Bombin, China telah mencetuskan kontroversi.

Kejadian itu berlaku apabila pengunjungnya dipercayai melemparkan sebatang rokok ke dalam kandang sebelum haiwan berusia 15 tahun itu mengambil dan menghisapnya, lapor OKNews.com

Rakaman dibuat di Taman Margasatwa Hefei, Wilayah Anhui, China timur.

Klip berdurasi 11 saat itu menunjukkan cimpanzi tersebut memegang rokok antara dua jari di tangan kirinya sebelum menghisapnya.

Klip yang tular itu menyebabkan kegemparan di China, dengan banyak warganet menyatakan keprihatinannya atas kesejahteraan haiwan itu.
Mereka menuduh pihak zoo gagal mengawasi pengunjungnya dengan baik.

Menurut seorang pekerja zoo kepada The Paper, cimpanzi itu menemukan rokok yang dilempar oleh ‘pelancong tidak beradab’.

Pekerja itu juga mendakwa bahawa kesihatan haiwan itu tidak akan terjejas dengan hanya menghisap sebatang rokok.

Zoo berkenaan mempunyai 100 pekerja sedangkan pengunjungnya mencecah ribuan orang.

Pengarah zoo, Zhan, mengatakan cimpanzi betina brusia 15 tahun itu bernama Wan Xing.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here