JAKARTA – Sijil halal kini diwajibkan di seluruh Indonesia, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala produk tidak halal juga harus dilabel dengan jelas.

Undang-undang kawal selia pensijilan halal sebenarnya sudah lama diluluskan Parlimen Indonesia sejak tahun 2014, tetapi hanya mula dikuatkuasakan pada pertengahan bulan lalu.

Bagi tempoh dua tahun pertama penguatkuasaan tersebut, Indonesia akan terlebih dahulu menumpukan perhatian kepada usaha pengilang letak label halal pada makanan dan minuman.

Ia kemudian menyasarkan untuk menjadi peneraju terbaik dalam industri halal global setanding negara jirannya, Malaysia dan Brunei yang sudah lama dikenali di peringkat antarabangsa.

Selepas itu, pensijilan halal akan diluaskan secara bertahap-tahap kepada ubat-ubatan, produk kecantikan dan barangan yang diperbuat daripada haiwan termasuk pakaian.

Setelah tempoh pelonggaran lima tahun, penjual yang tiada sijil akan dikenakan sekatan pentadbiran dan berdepan risiko, produk mereka tidak dibenar dijual dalam pasaran domestik.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here