Tiada masalah, dia tersasul – Karmaine

0
297

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini menganggap panggilan ‘Arwah Haji Karmaine’ dalam ceramah Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai kesilapan biasa dan akibat tersasul.

Justeru, beliau tidak adalah masalah tentang perkara itu.

“Saya menerimanya sebagai satu kesilapan dan saya tak ada masalah. Kesilapan biasalah, tersasul,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di rumah Haji Ahmad Balian Abdul Hanan, bekas imam di Kampung Masjid, Pekan Nanas, di sini.

Isu panggilan ‘Arwah Haji Karmaine’ itu menjadi tular sejak malam tadi, apatah lagi ceramah tersebut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook.

Nyata kesilapan Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan itu menjadi ‘bahan’ hangat diperkatakan oleh netizen.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here